Bahan Bantuan Mengajar yang dibina oleh kumpulan ini ialah Dam Peribahasa. Dam Peribahasa ini dibina berdasarkan kepada teknik pengajaran membaca iaitu Teknik Menyerap Imej dan Teknik Pengajaran Eksplisit. Bahan Bantuan Mengajar ini dibangunkan berlandaskan gabungan dua teknik pengajaran membaca. Gabungan kedua-dua teknik ini menjadikan Bahan Bantuan Mengajar menjadi lebih berkesan yang telah diterjemahkan dalam bentuk permainan. Hal ini telah bertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan murid-murid boleh berkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan juga bertepatan dengan pembelajaran abad ke 21. Kami berharap dengan adanya perkembangan inovasi seperti ini dalam pengajaran dan Pembelajaran dapat melengkapkan murid-murid dengan ciri-ciri murid abad ke-21 seperti Pengembangan kreativiti, pembelajaran koperatif, berfikir secara kritis dan reflektif, berkemahiran generik, multi lingualism, pelbagai kecerdasan dan kemahiran belajar untuk belajar. Oleh itu, teknik ini memerlukan satu bahan bacaan berdasarkan sukatan pelajaran seperti bahasa Melayu yang berfokus kepada elemen sastera iaitu Peribahasa.
Teknik
yang menjadi landasan pembinaan bahan bantu mengajar ini ialah, teknik menyerap
imej dan teknik pengajaran eksplisit yang mana digabungkan bagi mencapai
objektif pembinaan yang selaras dengan objektif pembelajaran berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Penjelasan berkaitan teknik menerap imej
ini merupakan satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan
bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara
asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.
Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik seperti berikut:
Langkah 1:
Perkenalkan apa, mengapa, dan bagaimana menggunakan imej.
Ø Jelaskan
menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar memahami apa yang
mereka baca.(apa)
Ø Pelajar
dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang
boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca.(mengapa)
Ø Guru tunjuk
cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya
sendiri.(bagaimana/cara)
Langkah
2: Pilih teks berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah kata
dan bacakan dengan lantang. Guru bacakan dengan lantang.
Langkah
3: Tunjuk cara penggunaan strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik
berfikir dan bersuara dan kemudian berkongsi pengetahuan sedia ada serta
hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. Perkara ini dilakukan
terutamanya apabila bertemu dengan perkataan yang menarik dalam teks.
Langkah
4: Membekalkan latihan bersepadu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang
mereka gambarkan ketika membaca lantang berlangsung. Galakkan pelajar mencatat
persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
Langkah 5:
Sokongan ketika latihan kendiri.
Ø Pelajar bekerja
secara pasangan untuk membaca senyap teks.
Ø Pelajar secara
bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej yang mereka
bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka membina imej-imej
tersebut.
Ø Pasangan
pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental
yang mereka bina.
Ø Guru memberi
sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat
melaksanakan aktiviti tanpa bergantung pada guru.
Langkah
6: Sediakan latihan kendiri terpilih. Ketika pelajar sudah mahir menggunakan
teknik menerap imej ini sediakan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini
ke atas teks-teks lain yang bersesuaian.
Teknik
kedua yang digabungkan dengan teknik menerap imej ialah teknik pengajaran
Eksplisit. Teknik pengajaran Eksplisit merupakan satu kerangka untuk
membangunkan strategik kemahiran pemahaman bacaan yang boleh diaplikasikan
bersama teknik bacaan lain seperti penggunaan teknik menerap imej tanpa bantuan
guru. Persoalan yang cuba dijawab dalam teknik ini ialah bolehkah pelajar
diajar teknik strategi pemahaman bacaan supaya ia boleh diubah menjadi situasi
pembacaan bebas. Teknik ini diperkenalkan berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
Ø Relevan:
Pelajar diberi kesedaran tujuan sesuatu strategi atau kemahiran. Perbincangan
bagaimana, bila, di mana dan mengapa sesuatu strategi atau kemahiran digunakan.
Ø Definisi:
Pelajar dimaklumkan cara untuk mengaplikasikan kemahiran dengan cara melabel,
mendefinisi, memodel dan menerangkan sesuatu kemahiran. Dalam peringkat ini
sesuatu kemahiran itu dilabelkan dan cara pelaksanaannya dimodelkan oleh guru.
Semasa guru menunjuk cara, pelajar diberi panduan cara mereka boleh menggunakan
kemahiran itu. Pelajar juga didedahkan kepada kekurangan sesuatu strategi itu.
Ø Latihan
bersepadu: Latihan dilakukan bagi dua tujuan iaitu untuk menyediakan pelajar
melaksanakan kemahiran yang dilakukan secara bersendirian dan juga untuk
mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah menguasai sesuatu strategi atau
kemahiran.
Ø Latihan
kendiri: Pelajar melalui latihan yang sama secara bersendirian.
Ø Aplikasi:
Pelajar diberikan pelbagai situasi yang merangsang mereka untuk mengaplikasikan
sesuatu kemahiran dan membincangkan pengaplikasian yang dilakukan.
Jelaslah
menunjukkan bahawa kedua-dua teknik ini iaitu Teknik Menerap Imej dan Teknik
Pengajaran Eksplisit telah menyokong pembinaan alat bantuan mengajar yang
dibangunkan iaitu “Dam Peribahasa” berteraskan kepada Sukatan Pelajaran di
peringkat sekolah menengah terutamanya.
Casino in Philadelphia | DrmCD
ReplyDeleteThe Philadelphia Casino 보령 출장안마 & 서울특별 출장마사지 Hotel. 777 Casino Drive, Philadelphia, 서산 출장샵 PA. Phone: 용인 출장안마 1-888-226-7777 Website: www.thephillycasino.com 용인 출장안마 · More Info. Hours, Accepts Credit Cards, Accepts