Sunday, 21 May 2017

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.      Huraian berkaitan proses Bahan Bantuan Mengajar iaitu “Magic Box: Peribahasa” berdasarkan teknik yang dipilih.
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Mata pelajaran                        :Bahasa Melayu
Tarikh                                       :17-11-2017
Masa                                        : 11.40 a.m – 12.10 p.m.
Kelas                                        :Tingkatan 3
Bilangan pelajar                       :26 orang
Tajuk                                        :Simpulan bahasa
Objektif Umum                         :Mengetahui penggunaan simpulan bahasa
Objektif Khusus                       :Pada akhir pelajaran, murid dapat:
   i.  Memperkenalkan simpulan bahasa
  ii.   Dapat penggunaan simpulan bahasa yang     terdapat dalam ayat.
Alat Bantu Mengajar                          : Komputer riba, Magic Box: Peribahasa, lembaran                                                                       kerja
Pengetahuan sedia ada            :Murid-murid telah mempunyai pengetahuan tentang     simpulan bahasa yang sebelum tajuk ini.
Nilai                                                    :bekerjasama, berkeyakinan, berusaha, berhati-hati,     
                                                             keberanian.












Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(3 minit)
1.    Guru mengemukakan satu demi satu gambar kepada murid.
2.    Guru bersoal dan murid sebutkan nama gambar tersebut.
3.    Guru membantu murid menggabungkan nama gambar yang ditayangkan pada papan hitam.
4.    Murid menyebut jawapannya iaitu air muka, makan angin dan sakit hati.
5.    Guru memperkenalkan tajuk hari ini adalah simpulan bahasa.
Nilai : berhati-hati
KBT : hubung kait
BBM : power point
Langkah 1
(8 minit)
1.    Guru tayangkan satu petikan dan menyuruh murid membaca 2 kali.
2.    Guru menyuruh murid mencari 5 simpulan bahasa yang berada dalam petikan.
3.    Murid cuba mencari simpulan bahasa satu perenggan demi perenggan.
4.    Setelah mendapat simpulan bahasa, murid akan menyebut, jika salah guru akan membetulkan.
5.    Seterusnya, guru akan menerangkan maksud 5 simpulan bahasa sehingga murid faham.
6.    Murid akan menumpu perhatian untuk mendengar.
Nilai    : berkeyakinan
KBT : hubung kait,  menganalisis
BBM : power point
Langkah 2
(10 minit)
1.    Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan masing-masing.
2.    Setiap kumpulan mempunyai 6 hingga 7 orang.
3.    Setiap kumpulan akan mendapat satu set Magic Box: Peribahasa.
4.    Guru meminta murid bahagikan tugas untuk mengaplikasikan kefahaman dalam bentuk permainan.
5.    Murid-murid akan bekerjasama meluangkan pengetahuan untuk mengeluarkan ilmu yang sedia ada mengenai simpulan bahasa.
6.    Murid-murid perlu menjawab soalan yang akan dikemukakan sepanjang permainan berlangsung dengan pantauan guru.
7.    Ahli Kumpulan yang tamat dahulu dengan menulis simpulan bahasa yang betul adalah pemenang.
Nilai    : bekerjasama,      
berusaha, 
keberanian,
KBT :mengumpul maklumat,
BBM : power point,    
Magic Box:Peribahasa
Pengukuhan
( 6 minit)
1.    Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid.
2.    Murid-murid akan berjawab dengan bersungguh-sungguh.
3.    Guru akan memberi bantuan kepada murid yang lemah supaya dapat menyiapkan lembaran kerja ini.
Nilai : berhati-hati
KBT : hubung kait, menyusun atur, mengenal pasti,
BBM : lembaran kerja,
Microsoft word,
Penutup 
(3 minit)
1.    Guru akan mengemukakan soalan lembaran kerja kepada semua murid.
2.    Guru membuat perbincangan tentang jawapan lembaran kerja.
3.    Guru menyuruh murid rumuskan simpulan bahasa yang belajar pada hari ini.
Nilai :berusaha, keberanian,
KBT : membuat rumusan
BBM : lembaran kerja, Microsoft word,


Refleksi:




            Cadangan Permainan

  1. Guru akan menerangkan maksud simpulan bahasa berdasarkan sukatan pelajaran dengan menggunakan slide ataupun video.
  2. Setelah menerangkan maksud simpulan bahasa berserta contoh, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Hal ini akan berlaku aktiviti dalam kumpulan. Murid-murid diberikan tugasan masing-masing,
  3. Setelah membentuk kumpulan, guru mengagihkan Magic Box: Peribahasa kepada setiap kumpulan.
  4. Aktiviti dalam kumpulan ini mengambil masa 20 minit bagi mencapai objektif.
  5. Permainan ini perlu berlaku dalam kumpulan. Permainan ini seperti dam ular tetapi di inovasi kepada permainan magic box: Peribahasa.
  6. Permainan ini memerlukan murid menjawab setiap simpulan bahasa sekiranya mereka berhenti di tapak warna yang memerlukan mereka menjawab soalan.
  7. Sekiranya mereka dapat menjawab dengan tepat, mereka dibenarkan terus berjalan sehingga tamat, sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut, mereka perlu melangkah ke bawah bagi menguji tahap kefahaman.
  8. Peribahasa yang perlu dijawab diberikan gambar sahaja dan murid perlu meneka gambar tersebut. Jika tidak dapat mereka masih diberi peluang dengan pilihan jawapan A, B, C dan D.
  9. Selepas selesai bermain, murid disediakan lembaran kerja bagi menguji tahap ingatan murid-murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan juga peperiksaan.

1 comment:

  1. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    Plus, getting it set up is as easy as 1-2-3!

    Follow the steps below to make money...

    STEP 1. Tell the system what affiliate products the system will promote
    STEP 2. Add some PUSH BUTTON TRAFFIC (it takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. See how the system explode your list and up-sell your affiliate products on it's own!

    Do you want to start making money?

    Your MONEY MAKING affiliate solution is RIGHT HERE

    ReplyDelete

GELERI GAMBAR SEPANJANG WAKTU PAMERAN

Gambar 1: Tapak Pameran Gambar 2: Kata-kata aluan "SELAMAT DATANG" Gambar 3: Papan Maklumat Gambar 4:...