i)
Membantu Guru
Membuat Persediaan Awal
Bahan bantu mengajar membantu guru membuat
persediaan awal dari segi perancangan kaedah pengajaran. Hal ini memberi
panduan dan kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan persediaan awal
sebelum mengajar di bilik darjah.
Melalui
bahan bantu mengajar guru dapat mendedahkan pelbagai kaedah mengajar yang
memusatkan pelajar dan menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan.
Kesannya, guru dapat mengetahui tahap kefahaman dan penguasaan tentang sesuatu
topik oleh murid. Sebagai tambahan, persediaan awal guru menyediakan bahan
bantu mengajar dapat mencapai objektif pengajaran yang disasarkan. Hal ini
membolehkan guru menilai kualiti sesuatu pelajaran yang diajarkan. Melalui
bahan bantu mengajar ini guru dapat membuat persediaan awal dan menggunakan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan. Dalam konteks guru-guru pelatih,
mereka perlu bersedia menerima teguran daripada guru pembimbing yang lain bagi
mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Bahan bantu mengajar membantu guru-guru pelatih membuat
persediaan awal sebelum menjalankan proses P&P dan usaha meningkatkan
kualiti alat bantu mengajar seperti melakukan pengubahsuaian yang bersesuaian
perlu dilakukan bagi membantu proses pengajaran berkesan. Sememangnya, bahan
bantu mengajar membantu guru membuat persediaan awal.
ii)
Mempertingkatkan
Mutu Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
Penggunaan bahan bantu mengajar
memberi sumbangan besar mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru
dan pelajar. Bahan bantu amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sebagai medium menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan sistematik Bahan bantu mengajar
mampu merangsang perkembangan kognitif pelajar. Sumber-sumber pengajaran dan
bahan bantu mengajar yang berkesan mengoptimumkan kefahaman pelajar sekaligus
mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Sebagai tambahan, penggunaan bahan
bantu mengajar dapat menyelesaikan masalah dalam kaedah pengajaran guru yang
berubah mengikut zaman. Pengajaran guru akan lebih mudah dan mewujudkan suasana
yang aktif dalam bilik darjah. Bilik darjah yang dilengkapi bahan bantu
mengajar membantu pelajar dalam pembelajarannya sekiranya guru menggunakan
bahan bantu mengajar dengan berkesan. Justeru, bahan bantu mengajar mewujudkan
suasana pembelajaran yang positif sekaligus mempertingkatkan mutu P&P.
iii)
Menjadikan Pembelajaran Bersifat Mendalam
Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai,
pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan
menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru
untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada
pelajar tentang apa yang diajari. Oleh itu, bahan bantu mengajar dilihat
berupaya mengembangkan kefahaman dan corak pemikiran pelajar. Perkembangan
pembelajaran ini menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.- dan
menyediakan pengalaman baru yang tidak diperoleh dengan mudah oleh
cara-cara lain. Justeru, corak pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
beragam. Guru yang menggunakan bahan bantu mengajar mendorong murid-murid untuk
menyiasat dan menambahkan lagi bacaan murid.
Peredaran zaman
hari ini memperlihatkan sistem pendidikan tidak lagi bercorak konvensional. Bilik-bilik darjah yang
dahulunya bersifat tradisional sudah berubah kepada bilik darjah terbuka. Oleh
itu, proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh lagi tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah
pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah
lebih daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang berupaya menjadikan
pembelajaran bersifat mendalam dan rencam. Noor Azlan Ahmad Zanzali &
Nurdalina Daud (2013), menyatakan
peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara
praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru.
Oleh itu, bidang teknologi juga memainkan
peranan penting yang menjadi tapak asas yang kukuh dalam bidang pendidikan masa
kini. Perkembangan teknologi mencipta peralatan pengajaran memberi kesan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga
dapat menjadikan proses pembelajaran pelajar bersifat mendalam. Bahan bantu
mengajar dapat memahamkan konsep di dalam proses pengajaran secara meluas
selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.
iv)
Menarik minat
pelajar
Kualiti
pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada keberkesanan pendekatan yang
digunakan oleh guru. Penerangan yang jelas tentang sesuatu topik menjadi kayu
ukur keberkesanan proses pengajaran. Kegagalan menyampaikan sesuatu topik
menjadikan suasana kelas tidak produktif dan murid menjadi bosan. Oleh itu,
bahan bantu mengajar yang sesuai kepada pelajar dapat menarik minat pelajar.
Melalui bahan bantu mengajar juga pelajar dapat memahami dengan jelas tentang
topik-topik yang diajarkan guru. Penggunaan peralatan moden juga dapat menarik
minat pelajar. Elemen multimedia moden seperti video klip, youtube dan
powerpoint beranimasi boleh meningkatkan kualiti P&P pelajar. Pelajar dapat
memahami dengan jelas apa yang dipelajari. Pemilihan bahan bantu mengajar yang
keluar daripada kaedah tradisional menarik minat pelajar. Contohnya, guru
menggunakan computer, LCD, projector, power point, OHP transperansi, kertas
mahjung, model 3D, manila kad dan hand out. Pelajar akan menjadi lebih bersemangat
dan memberi tumpuan di dalam kelas sekiranya bahan bantu mengajar yang dipilih
sesuai dan menarik. Jelaslah, bahan bantu mengajar penting untuk menarik minat
pelajar semasa guru mengendalikan proses pengajaran.
No comments:
Post a Comment