Rumusan
Teknik
pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi
lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu
dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan
dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta
menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan
kepada kita betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepada
guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang
guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu
mengajar (ABM) yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif
pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan
alat bantu mengajar (ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka
menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang
disampaikan.
Dalam pendidikan banyak inovasi
diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Alat
bantu mengajar (ABM) memudahkan para guru memindahkan ilmu pengetahuan kepada
pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang
bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.
Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan
pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan alat
bantu mengajar (ABM) yang sesuai. Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan
tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber
pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber
yang dilengkapi lat bantu mengajar (ABM) tidak dapat membantu pelajar dalam
pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin
bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran
yang hendak disampaikan.
No comments:
Post a Comment