Sunday, 21 May 2017

KELEMAHAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji lepas, beberapa faktor yang menjadi masalah atau halangan pada penggunaan bahan sumber di dalam pengajaran dan pembelajaran telah dikenal pasti.  Menurut Rohrlick (1972) ,terdapat enam halangan utama yang menjadi kekangan kepada kelicinan penggunaan bahan bantu mengajar.
Faktor utama dalam kelemahan bahan bantu mengajar ialah masalah kekurangan guru pakar.  Kekurangan guru yang terlatih dalam menggunakan sumber menyebabkan sesuatu bahan bantu mengajar yang dihasilkan tidak dapat digunakan secara berkesan. Terdapat sebahagian guru yang kurang menguasai bahan alat bantuan mengajar di dalam kelas. Mereka tidak dapat memanipulasikan alat bantuan mengajar tersebut untuk bahan pengajaran mereka. Hal ini menyebabkan terdapat murid yang kurang jelas dengan topik pembelajaran yang dirancang oleh guru mereka pada hari itu. Di samping itu, susunan bilik darjah yang tidak memuaskan, kekurangan bahan yang sebagai hiburan, kekurangan masa belajar, bahan sumber tidak begitu berkesan, bahan dalam keadaan buruk dan sukar menggantikan bahan sumber.

Sim (1986), menyatakan bahawa kekurangan kemudahan, kelemahan dalam perancangan  dan kekurangan latihan merupakan halangan dalam penggunaan bahan bantu mengajar.  Gan (1990) dalam kajiannya telah menyenaraikan tujuh halangan yang diberi oleh responden seperti kekurangan masa untuk menyediakan alat bantuan mengajar kerana beban tugas mengajar, kekurangan orang terlatih untuk mentadbir pusat sumber sekolah serta masa juga tidak mencukupi, tidak ada tempat disediakan untuk alat pandang dengar, bahan sumber yang terdapat di sekolah tidak mencukupi, kesukaran dalam mengganti atau membaiki bahan sumber yang hilang atau rosak, tiada kursus dalam perkhidmatan untuk guru menggunakan alat bantuan seta kekurangan kemudahan untuk guru menghasilkan alat bantuan mengajar.
Secara khususnya, bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh pengkaji adalah berkaitan pengenalan secara umum berkaitan peribahasa.  Selain itu, antara bahan  yang turut digunakan ialah dadu, batang ais krim berwarna dan lain lagi.  Pengkaji melihat penggunaan dam yang digunakan ini dapat membantu pelajar memahami topik peribahasa dengan lebih mudah.  Hal ini demikian merana, pengkaji telah menetapkan kumpulan sasaran murid menengah rendah.  Dengan menggunakan bahan  yang ringkas ini ia dilihat dapat membantu murid memahami peribahasa dengan lebih cepat.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji sepanjang penghasilan bahan bantu mengajar ini. , kos pembelian barang maujud.  Seorang guru perlu mengeluarkan bajet bagi membeli banyak barangan mengikut sukatan yang ingin diajar di dalam kelas.
Kesimpulan, terdapat pelbagai kelemahan alat bantuan mengajar yang dihadapi oleh guru dan murid di sekolah. Oleh itu, kita mestilah sentiasa membaiki kelemahan yang terdapat dalam alat bantuan mengajar agar kelemahan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment

GELERI GAMBAR SEPANJANG WAKTU PAMERAN

Gambar 1: Tapak Pameran Gambar 2: Kata-kata aluan "SELAMAT DATANG" Gambar 3: Papan Maklumat Gambar 4:...