Sunday, 21 May 2017

KERTAS KERJA PAMERAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR






KERTAS KERJA
PAMERAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR KUMPULAN 5

 TARIKH
8 Mei 2017

TEMPAT
BLOK 8 ARAS BAWAH DILIK KULIAH 04
B8-A0-BK04
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN
KURSUS KETERAMPILAN MEMBACA (BMK 3033) SEMESTER 2 SESI 2016/2017
KUMPULAN A



1.0       TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk tujuan berikut:
  1. Untuk menjelaskan perbelanjaan wang keluar sepanjang projek dilakukan.
  2. Untuk dijadikan rujukan kepada generasi yang akan datang.
  3. Untuk mencapai objektif pembelajaran berdasarkan RI berteraskan teori dan praktikal.

2.0       PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca kumpulan A di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.

3.0       OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.


4.0       HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
  2. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif fan berinovasi.
  3. Mengaplikasikan teknik-teknik membaca dengan pengkaedahan yang lebih baik

5.0       KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
  4. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dalam mengaplikasikan bahan bacaan.

6.0       JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya, dapat memberikan kepelbagaian ilmu dan perkongsian pendapat erdasarkan pusingan setip kumpulan ketika pameran. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam pameran ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri ke arah kecemerlangan bersama.




7.0       MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : Pameran Bahan Bantuan Mengajar
Tarikh            : 08 Mei 2017
Hari                : Selasa
Tempat           : Blok 8- Aras 0- Bilik Kuliah 04, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris

8.0       KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 60 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2017/2018 bagi kumpulan A di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

9.0       TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
4:00 petang – 4:15 petang
Persiapan setiap kumpulan
4.15 petang – 4.30 petang
Ucapan penyelaras berkaitan penilaian hasil tugasan
4.30 petang – 5:30 petang
Lawatan serta pemberian markah
1.      Penilaian oleh Pensyarah
2.      Penilaian oleh Pelajar
5:30 petang- 5:50 petang
Kemaskan Bilik Kuliah
5.30 petang – 6:00 petang
Sesi Refleksi oleh pensyarah
Bersurai


10.0     SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Profesor Madya Dr. Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Muhamad Azam Bin Supian
Setiausaha
Roshamfitri bin Samsuri
Bendahari
Muhammad Amirul Hasraf Bin Mohd Yusof
Ahli Jawatankuasa
AJK Publisiti
Amir Haziq Bin Shahar
AJK Cenderahati
Amirul Asyraf Bin Mamat
AJK Pembangunan Inovasi Bahan Bantuan Mengajar
Muhamad Azam Bin Supian
Roshamfitri bin Samsuri
Muhammad Amirul Hasraf Bin Mohd Yusof
Amir Haziq Bin Shahar
Amirul Asyraf Bin Mamat



11.0     ANGGARAN KEWANGAN
PENDAPATAN (A)
BIL
PERKARA
JUMLAH
1
KUTIPAN PELAJAR (RM7 X 5 Orang)
RM35.00

            JUMLAH PENDAPATAN (A)
RM35.00






PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
PER (RM)
UNIT
JUMLAH (RM)
1
Kotak
6.50
1
6.50
2
Board
3.30
1
3.30
3
Buah Dadu
3.50
1
3.50
4
Cenderamata
1.00
5
5.00
5
Percetakan
7.50

7.50
6
Stiker Kehidupan laut
4.50
1
4.50
7
Gam Cair
3.50
1
3.40
8
Batang Ice Kream
1.30
1
1.30

Jumlah
35.00

Jumlah Pendapatan- Jumlah Perbelanjaan : RM 35.00- RM 35.00
Baki :0.00


12.0     PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Diharap pameran ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam memperkembangkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh:
Roshamfitri bin Samsuri,
Setiausaha Kumpulan 5,
Pameran Bahan Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Muhamad Azam Bin Supian,
Pengarah Program Kumpulan 5,
Pameran Bahan Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak oleh:





Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penaung Program,
Pameran Bahan Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………








No comments:

Post a Comment

GELERI GAMBAR SEPANJANG WAKTU PAMERAN

Gambar 1: Tapak Pameran Gambar 2: Kata-kata aluan "SELAMAT DATANG" Gambar 3: Papan Maklumat Gambar 4:...