Sunday, 21 May 2017

KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar boleh dicipta atau dibuatnya dengan sendiri bukan hanya dibeli  di kedai- kedai secara sewenang-wenangnya sahaja. Apa yang pentingnya di sini ialah semangat dan kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu ditiru. Namun demikian, daya kreatif yang ada pada seseorang itu mempengaruhi kejayaan sesuatu BBM. Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa– sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf  atau carta dan keteguhannya.  Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.
Bahan Bantu Mengajar  dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak. Untuk membuat BBM ini, ia memerlukan yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Guru yang telah mempunyai pengalaman luas tidak semestinya mempunyai kreativiti tinggi, namun mereka mempunyai kelebihan untuk membuat BBM kerana mereka sudah sedia tahu akan kebolehan dan minat muridnya. Untuk mengajar sesuatu pelajaran berkaitan sesuatu, perkara yang tidak dapat dilakukan akan diaplikasikan ke dalam sesuatu bentuk yang dikenali sebagai BBM. Sebagai contoh  untuk membuat aktiviti pergerakan fizikal semasa proses pembelajaran di dalam bilik darjah, perbuatan tidak dapat dilakukan kerana memerlukan ruang yang luas seperti padang  akan  dipindahkan dalam bahan bantu mengajar. Melalui BBM ini jelas dapat membantu mengaplikasikan pembelajaran langsung ke pembelajaran abstrak.
Selain itu, dengan BBM yang mencabar akan mewujudkan murid yang berfikiran luas kerana ia memberi rangsangan pemikiran dan tingkah laku. Bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mestilah bahan yang mengandungi ciri-ciri seperti bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak  atau  bahan yang mudah kepada yang kompleks, fakta terasing  kepada bersepadu, bahan kini kepada  akan datang dan bahan umum kepada teori. Secara langsung jelaslah BBM ini dapat melahirkan murid yang berfikiran luas dan terbuka disebabkan asakan pemikiran dari BBM tersebut.
Akhir sekali, BBM ini dapat menarik minat murid untuk belajar. Kepelbagaian BBM akan mendorong murid untuk memberi perhatian terhadap setiap arahan atau tindakan guru kerana mereka ingin mengetahui apa yang sedang dan akan berlaku pada BBM. Murid juga sudah pasti bosan dengan cara pengajaran yang sama di dalam bilik darjah yang berpusatkan guru. Oleh itu, BBM ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana pembelajaran abad ke-21 iaitu melahirkan murid yang aktif dalam bilik darjah. Penggunaan BBM ini juga akan membuatkan murid berkomunikasi sesama mereka dalam bilik darjah menjadikan yang pasif kepada aktif. 

No comments:

Post a Comment

GELERI GAMBAR SEPANJANG WAKTU PAMERAN

Gambar 1: Tapak Pameran Gambar 2: Kata-kata aluan "SELAMAT DATANG" Gambar 3: Papan Maklumat Gambar 4:...