Melihat kepada Pelan Pembelajaran Abad 21 di dalam dunia pendidikan, Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan sebuah asas yang kuat untuk dijadikan daya penarik penting kepada para pelajar. Hal ini kerana BBM yang digunakan dapat memberi rangsangan dan minat di dalam kalangan pelajar. BBM turut memberi faedah lain, seperti dapat memberi gambaran dan pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan pemikiran pelajar. Di samping itu, BBM juga dapat membantu dalam memberi pemahaman dan perbendaharaan kata kepada pelajar.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) membawa
definisi kepada segala kelengkapan yang digunakan oleh guru / murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Perkara ini dapat
dilihat bahawa peralatan mengajar bukanlah berasaskan buku-buku teks, papan
putih dan marker sahaja, tetapi
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera. Sebagai contoh, melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya.
Menurut Atan Long (1982), BBM
terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau diletak pada slaid dan
kemudian dipancarkan kepada skrin, segala alatan penyampaian yang digunakan
adalah BBM. Selain itu, BBM turut dibahagikan kepada dua multimedia, iaitu
media elektronik dan media bukan elektronik (Noraziah Hamid, 1981).
No comments:
Post a Comment